Tuesday, September 06, 2005

80 VS 62 ????


Kejadian ini berlaku di Putrajaya selepas MERDEKA,bila dah merdeka boleh peluk peluk lah, malam sebelum merdeka anak muda peluk peluk di dataran Merdeka.Hari Merdeka pulak ibu Umno peluk bekas bapak Umno...Sebelum Hadhari tak de lah peluk peluk ni,Lepas hadhari ada peluk peluk dah....mungkin mazahab hadhari kata harus.Ulamak Hadhari si Abdullah Mat Zin pun nampak dengan jelas drama tu....ada tu pulak senyum senyum je tengok peluk peluk ,si maamat tua tu pulak membalas pelukan si ibu berintik tu......seronok lah tu.

Ini semua akibat dari AP maka terjadila AP
akibat dari Aprroved Permit maka terjadilah Aku Peluk

Saya Yakin Ulama Umno tak berani nak komen dan ulas .

BN: KERAJAAN UNTUK SELURUH RAKYAT ????

Betulkah tajuk tu?begitukah adanya?
Kita sebagai manusia yang hidup dibumi Allah ini wajib menyedari bahawa kita tidak boleh menipu semua manusia dalam semua masa.kita boleh berkata dengan berbagai ungkapan yang indah dan sedap didengar di khalayak ramai,tapi apa sebenarnya yang berlaku walaupun mungkin ada manusia yang tidak tahu tapi hakikatnya Allah tahu segala galanya.
Kalau benarlah tajuk diatas sudah semestinya anak anak lepasan KUSZA yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Mesir tidak membatalkan hasrat mereka kesana .Ini berlaku kerana Yayasan Terengganu tidak menaja sebarang perbelanjaan anak anak pelajar yang dikenal pasti sebagai anak penyokong PAS.

Kejadian semasa temuduga untuk mendapat pinjaman Yayasan Terengganu baru baru ini amat memeritkan,bagaimana penemuduga dengan terang dan jelas bertanyakan kepada calon calon pelajar Mesir tentang kecenderongan politik keluarga mereka.
Kemudian mereka di tanya tentang pemimpin PAS serta perkara yang berkaitan dengan PAS.Kalau benar seperti didakwa yang kerajaan BN adalah untuk semua rakyat,perkara itu tidak berlaku.Berlaku adil lah kepada anak pelajar kita.Jangan kira fahaman politik,penemuduga jangan jadi bodoh sombong macam orang yang tak berpendidikan.

Kalau lah dizaman PAS anak Exco mendapat bantuan zakat untuk melanjutkan pelajaran, adakah hak pelajar lain (anak orang umno) dinafikan?Kita sudah 48 tahun Merdeka, berpolitiklah secara matang,janganlah kita lebih teruk primitifnya dari penjajah.

Adik Wan
Calon Pelajar Ke Mesir 2005.

Tulisan Ana hulu itu hampir sangat dah

September 05, 2005 16:00 PM

Exco T'ganu Mungkin Dirombak - Idris
KUALA TERENGGANU, 5 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh tidak menolak kemungkinan akan membuat rombakan barisan exco negeri.Ketika diminta mengulas desas-desus kononnya akan berlaku rombakan exco kerajaan negeri, Idris berkata rombakan adalah perkara biasa dalam proses pentadbiran sesebuah kerajaan yang dilakukan sekiranya perlu."Saya sentiasa menilai (prestasi) exco kerana tujuan pelantikan exco itu ialah untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat. Walaupun sekarang bukan dalam keadaan terdesak tetapi jika perlu dirombak, kita akan rombak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Ekspedisi Saintifik Gunung Mandi Angin di sini Isnin.Selepas Barisan Nasional (BN) memerintah kembali negeri ini pada Mac tahun lepas, Idris pernah berkata bahawa beliau memberi tempoh selama dua tahun kepada barisan exconya sebelum prestasi mereka dinilai.Hari ini beliau menyifatkan tempoh menilai prestasi exco itu sebagai sudah selesai.Mengulas lanjut, beliau berkata pelantikan seseorang exco bukanlah untuk kepentingan individu terbabit tetapi bagi memastikan mereka berkhidmat serta berbakti kepada rakyat seperti yang dijanjikan pada pilihan raya umum lepas.Ditanya sama ada beliau sendiri berpuas hati dengan prestasi barisan exconya sekarang, Menteri Besar sambil tersenyum berkata: "Boleh tahan.""Exco yang dilantik adalah untuk rakyat dan masa setahun setengah sudah boleh nampak dan kita boleh menilai prestasi mereka. Jadi saya harap semua exco perlu bekerja lebih keras dan memastikan amanah yang diberikan, dila

Sunday, September 04, 2005

Bestarinya Terengganuku Kini ( Masa Bermewah telah tiba)

Selepas setahun lebih memerintah Terengganu wakil Rakyat umno dan pembesar Umno negeri bahagian dan cawangan mula untuk bermewah mewah.Ini kerana cara hidup mewah tidak boleh lari dari jiwa pemimpin umno.Mendapatkan peluang untuk memiliki kawasan balak sudah bermula.Beberapa wakil rakyat umno telah menggunakan proksi masing masing untuk mendapat kawasan balak.Kalau dulu dizaman pemerintahan PAS hasil balak ini masuk masuk melalui JSR untuk di bangunkan sesebuah kampung, kini hasil balak telah menjadi milik wakil rakyat umno dan pembesar umno sendiri.Terbaru Rasol Wahid yang semasa pemerintahan PAS kuat melaung berkaitan isu balak,malah pernah menaiki helikopter untuk meninjau kawasan balak yang kononya di berikan secara tidak betul di zaman PAS,kini beliau sendiri telah mendapat kawasan balak dengan menggunakan nama proksi beliau dari Felda Jerangau Barat.Hasil daripada kekayaan tersebut beliau telah menempah no pendaftaran kenderaan dengan JPJ Terengganu TAK 9 dengan harga RM32,000.Untuk apa tempahan itu dibuat?apalah daya kiranya duit sejumlah itu diagihkan kepada JKKK untuk membangunkan Kampung?Kalau lah harga no pendaftaran kenderaan sejumlah itu sudah pastilah harga kenderaanmya pula beratus ratus ribu nilainya.Begitu juga dengan Rahim Said Adun teluk Pasu,beliau telah menempah no TAK10 juga dengan harga RM32,000.00.Semestinya menjadi satu persoalanan kita mengapa dengan mudah mereka ini membanyar no pendaftaran sedemikian banyak,hanya kerana untuk memuaskan nafsu mereka?Tidak cukup dengan itu beberapa wakil rakyat biasa (bukan exco) juga telah menunjukkan sikap mewah dengan memiliki 3 @ 4 buah kereta mewah, ini tidak termasuk kenderaan syarikat yang mereka jadi pengerusi.Lihat sahaja Adun Kuala Berang yang hanya baru setahun menjadi wakil rakyat,sudah memiliki 3 buah kenderaan iaitu Wira (milik asal) Perdana dan RAV4.Ini belum lagi kenderaan Syarikat.Rakyat sudah mula melihat, menilai malah menjadi topik perbualan di kedai kedai kopi.
Ini semua merupakan pertunjuk dari Allah, selama ini merekalah yang menuduh wakil Rakyat PAS kononya hidup mewah dan berpoya poya.Rakyat pun dah mula bangkit, mula sedar dan yang pastinya sekali lagi rakyat Terengganu akan berkata dengan slogan keramat umno seketika dulu "Serik doh weh" kali ini ucapan itu ditujukan kepada umno.Malahan ledakan bangkitan rakyat semacam tak sabar sabar untuk menukar lagi kerajaan ini.

Anak Muda
Bandar AMBS
untuk:
bolganakhulu

Thursday, August 25, 2005

Sejarah Hitam DUN Terengganu

Tanggal 23 Ogos 2005 akan tercatat didalam sejarah Terengganu,dimana seorang speaker yang tak cerdik dan tidak tahu kaedah dewan telah gagal mengendalikan dewan dengan baik.Mungkin bagi Umno Terengganu ianya tiada apa apa,tapi rakyat tertanya tanya rakyat tahu dan akan terus di beritahu bahawa speaker Terengganu yang ada ini adalah yang paling teruk mengendalikan Dewan sepanjang 23 tahun yang lalu. Ini dinyatakan sendiri oleh ketua Pembangkang DUN Terengganu YB Dato'Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi, beliau mula memasuki dewan Undangan Terengganu sejak tahu 1982, maka beliau tahu menilai malah bukan setakat DUN Parlimen pun hampir 15 tahun,juga pernah menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.Beliau boleh berhadapan dengan Ahli Parlimen BN yang lebih ramai dari DUN Terengganu, tapi beliau tidak boleh berhadapan dengan speaker cap Ayam yang hanya tahu jaga bola sahaja( itu pun bola tak kemana)Apakah Mat Jusoh yang hanya baru setahun 4 bulan jadi speaker lebih tahu peraturan dewan dari Tuan Guru yang memasuki Dewan Sejak 1982 dan Parlimen sejak 1990?Malah dengan penuh ego ( Bodoh sombong) Mat Said Kijal pula yang mengarahkan speaker agar menghalau Tuan Guru keluar.Apa apa pun sepatutnya sebagai exco beliau tidak seharusnya bertindak demikian,speaker pula sepatutnya jangan lah terlalu kasi nampak sangat kebodohannya(Anda di selia oleh Tuanku Sultan)Tapi yang pelik juga bila 4 ADun PAS keluar dari Dewan semua wakil rakyat BN Terkejut beruk,dibelakangnya pula beberapa pengawai kerajaan semacam kesal dengan kejadian tersebut.
Saya cuba mendengar siaran langsung melalui laman rasmi kerajaan Terengganu yang menggunakan server netmyne,tapi sayang ucapan wakil PAS cuma ada gambar sahaja tanpa suara. Walaupun begitu saya mengucapkan syabas kepada laman web Terenggankini kerana saya dapat mendengar rakaman melalui laman tersebut.Syabas dan tahniah, teruskan usaha ini
Ini lah Sejarah HITAM DUN Terengganu sempena kemerdekaan ke 48.

Merdeka Kan diri anda dari kesesatan Hadhari .!!!!!!!!

Wednesday, August 24, 2005

Umno Terengganu Pelihara Pengikut Ayah Pin

Sah memang sah , penaung kepada pengikut Ayah Pin adalah Umno Terengganu.Sebahagian besar pengikut ajaran sesat itu adalah ahli umno yang aktif,malah telah disahkan bahawa dikalangan pengikut setia Ayah PIN adalah ketua cawangan umno di Terengganu.Saya tidak mahu menyebutkan lagi nama dan cawangan umno tersebut.
Yang jelas satu sumber yang sah telah memaklumkan bahawa Ketua Polis Negara telah memberi taklimat dalam satu majlis rasmi bahawa pengikut ayah Pin adalah ahli dan penyokong umno.

Umno tidak menafikan perkara ini, malahan di dalam sidang DUN 23 Ogos 2005,apabila seorang ADUN Pembangkang menyebut perkara tersebut, wakil umno tidak membantah malah tidak seorang pun dari wakil BN yang meminta bukti. Bukti apa lagi bila dah Ketua Polis negara sendiri yang mengesahkanya dan video CD ayah PIN sendiri jelas terpampang gambar pengikut Ayah Pin yang berbaju Dacing menyambut ketibaan Calon BN hulu Besut semasa kempen Pilihanraya Umum 2004.
Ayah Pin adalah Idolan kepada ahli umno yang malas Swembahyang.Ianya amat sesuai dengan pembawakan Jahiliah Moden oleh Umno Terengganu yang diberi nama Islam Hadhori .

Saturday, August 20, 2005

Seloka warisan - sempena kemerdekaan

Di adiptasikan semula dari lagu Warisan


Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.
(Umnolah yang menyerahkan bumi ini kepada orang lain- Gagalnya DEB- hanya segelintir yang kayaraya)

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.
( Umno lah yang menjual Singapura dan Pulau Pinang, kini sebahagian Johor.Tanah Simpanan melayu telah boleh dijual gadai kpd org asing atas alasan pembangunan)


Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.
(umnolah yang merobohkan tanah RTB milik melayu Islam di Terengganu, tapi rumah bukan islam di izinkan di toko tambah)


Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.
(umno gunakan Islam untuk kepentingan politik semasa,sebab itu slogan sentiasa berubah,dulu penerapan Islam, kini Islam Hadhori (Jahiliyyah Moden abad ini)

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.
( Memang masa depan amat kelam kerana rumah kediaman sekankang kera yang dibina atas tanah RTB hancur akibat nafsu serakah Umno, itu lah hati pedal umno yang busuk dan tertutup mati untuk islam)

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.
(kuasa pun dah tak seberapa,cuma ada baju melayu ,harga diri umno dah hancur akibat 2 AP,kalau nak pulih umno kena taubat nasoha )

Tuesday, August 16, 2005

Umno Marang bergolak lagi?

Hari ini saya menerima satu email dari seorang teman yang bertugas di Pejabat Daerah Marang.Beliau adalah pendengar Kuliah Jumaat Ayah Chik Tok guru setiap pagi Jumaat.
Email itu antara lainya menyebut bahawa umno Marang terus bergolak.Kedudukan Man Bakar sebagai Ketua Bahagian sudah berada di hujung tanduk.
Beliau pastinya akan ditentang pada pemilihan akan datang.Satu pakatan telah dibentuk dan telah mula menyusun strategi untuk melumpuhkan Rahman Bakar di Marang.
Pakatan ini dianggotai oleh Dato'Dr Abdul Latif bin Awang,Tengku Zainuddin,Dato' Muda mamat dan Ketua Wanita Umno Marang.(ketua wanita umno Marang adalah isteri dato' Muda Mamat)

Rombakan Exco Terengganu

Kalau benar seperti apa yang didedahkan oleh veteran umno itu kepada saya,apakah umno Dungun tiada exco dan Kemaman mempunyai 3 orang Exco?rasa saya ini amat mustahil,kerana Besut yang diketuai oleh Deris Jusoh itu sendiri hanya mempunyai seorang MB dan seorang exco.Jadi apa jadi dengan Dungun dan Kemaman .Khabar yang sampai kepada saya (sumber yang sangat dekat dengan Idris Jusoh) kononya Exco di Kemaman akan ditarik satu iaitu Mohamad Awang Tera akan di gugurkan dan diganti dengan Nasir Ibrahim Fikri,ini kerana Nasir telah memenangi Jawatan Ketua Bahagian.
Dungun yang kosong itu diberitakan akan diisi oleh Kamal Abdullah untuk exco Pembangunan Islam Hadhari,namum sehingga kini prestasi Kamal belum memuaskan Hati Idris Jusoh,Wan Mohamad yang memegang Potforlio itu sekarang di lihat gagal untuk berfungsi dengan baik,malah siri jawapan beliau di sidang DUN juga amat tidak disenangi Oleh Umno dan Idris Jusoh kerana kadang kadang beliau sering tersasur mendedah pekung dan terkeluar dari topik asal,malah beliau tidak mampu untuk berhadapan dengan YB Rhu Rendang dan YB Manir ( Sememangnya beliau tidak akan mampu)Itu lah kalau pembaca menyedari akan kes AP (ayah Pin) Peluang ini telah digunakan sebaik mungkin oleh Mohamad Ramli Noh,beliau saban hari silih berganti dengan Pesuruhjaya JHEAT (Sheikh Harun) membuat kenyataan berkaitan isu AP itu,begitu juga dalam bab agama yang lain.Ramli pandai mengambil peluang.Memang taktik dan style ini juga yang digunakan oleh Ramli ketika berusaha untuk menjadi pemimpin PERTAMA di UKM dulu.
Walaupun begitu Idris tidak bersedia untuk memberi 3 exco kepada Umno Kuala Nerus,tidak boleh tidak Kamal Abdullah ( juga di panggil Kamal Hadari)mempunyai peluang yang agak cerah.Sekiranya menjelang Mac 2006 beliau pandai mengambil kesempatan maka Exco Islam Hadhari akan jatuh ke tangan beliau sehingga pilihanraya umum ke 12 nanti.
Cuma kesan pergolakkan dalam umno hasil rombakan ini tidak dapat di ramal kan .

Sunday, August 14, 2005

Akan berlaku Perubahan Exco Terengganu?

“Exco Terengganu akan di rombak” Demikian ukapan oleh seorang veteran umno yang dahulunya merupakan seorang exco dan pernah memegang jawatan sebagai ketua Bahagian selama 6 penggal di Negeri Terengganu.Beliau kini tidak memegang apa apa jawatan dalam kerajaan atau parti.Ukapan itu di luahkan kepada saya ketika kami sama sama selesai solat asyar di Masjid PutraJaya dan bersiap untuk minum petang di tepi tasik PutraJaya.

Saya mengenali tokoh Veteran Umno ini ketika saya masih berjawatan guru di sebuah Sekolah Menengah yang kebetulan beliau merupakan Pengerusi PIBG sekolah tersebut dan saya pula adalah Setiausahanya.Kemudian saya menyambung pelajaran dan kini berkhidmat dengan sebuah Kementerian di PutraJaya.Menurut veteran Umno itu, beliau sendiri mendengar luahan Dato’ Seri Idris Jusoh dalam satu majlis bersama veteran umno di Kuala Terengganu awal bulan Julai lalu.
Antara nama yang disebut sebutnya ialah Din Adam akan di ganti dengan Wan Mohd Nizam ( BN Air Puteh) untuk exco Belia, sukan dan kebudayaan Negeri.Selain dari tidak lagi terlibat dengan Pemuda, Din Adam juga dilihat tidak mampu menerajui Jawatankuasa ini.Dengan pendidikan SPM di sekolah SMSS dan diploma luar Kampus UTM dan pengalaman kerja sebagai kontraktor Din dilihat lebih berminat untuk berniaga.Malah dalam program Pekan Budaya daerah yang baru selesai Din sendiri telah menggunakan proxynya untuk menawarkan harga didalam membuat kain pemidang serta wiring gerai dan pintu gerbang,sedangkan sebelum ini, persiapan tersebut di buat oleh Pejabat daerah dan Majlis Daerah.Begitu juga didalam pembinaan Komplek sukan Gong Badak,Beliau juga mempunyai syer yang besar didalam Syarikat yang mendapat tender projek tersebut.Paling ketara penurunan populariti Din Adam ialah sehingga ke hari ini beliau masih tidak dapat menanggani masalah pembuangan pekerja kilang Papan Pesaka di Bukit Besi dan penutupan kilang Permint Plywood di Bandar Al Muktafibillah Shah, Durian Mas.90% mereka mereka ini adalah pengundi beliau.Malah sehingga ke saat ini beliau amat takut untuk bersemuka dengan dengan bekas pekerja 2 agensi kerajaan Terengganu ini.Din juga dilihat tidak mampu melahirkan atau meujudkan satu pembaharuan dalam Jawatankuasa yang dipimpin oleh beliau.Malah ketika mesyuarat peringkat Jawatankuasa Exco beliau seringkali di tegur oleh Pengarah Jabatan Belia negeri kerana seringkali tersasur untuk mengambil peruntukan belia dan di gunakan untuk program umno.Beberapa pengarah Jabatan yang terlibat dengan Exco beliau seringkali mengeluh kerana sikap dan keputusan beliau sering kali bercanggah dengan Perintah Am Jabatan Kerajaan.Beliau bertindak seolah olah Jawatankuasa Exco beliau sama dengan sebuah biro dalam parti.
Paling memburukan lagi keadaan ialah kes beliau di Hotel Permai Inn semasa perayaan perkampungan Hadhari anjuran bersama TV3 dan Kerajaan negeri,walaupun kes ini cuba ditutup oleh Kerajaan negeri namum, umum telah mengetahui akan kejadian tersebut.malah Kerajaan negeri ( Deris Jusoh) tidak mampu untuk menafikanya.

http://anakhulu.blogspot.com/